Wednesday, September 30, 2009

KOPERASI KELUARGA WA AJI DARO BERHAD

Tahniah, buat semua warga Wa Aji.... kini aku telah berjaya untuk menubuhkan sebuah Koperasi Keluarga yang di namakan Koperasi Keluarga Wa Aji Daro Berhad, atas alasan untuk meningkatkan ekonomi keluarga yang berkaitan dgn Wa Aji, kini Mesyuarat pertama telah diadakan pada 24 sept 2009 di rumah kami.
Seperti yang diinginkan pencapaian dalam menjayakan koperasi ini adalah atas sokongan semua ahli keluarga yang terlibat. Justeru itu, aku amat merasakan mungkin suatu hari nanti sekembalinya aku ke kampung (transfer Sarikei - Daro), pergerakan ini akan menjadi lebih agresif dan kemajuan yang berterusan.
Projek pertama yang aku syorkan ialah merupakan projek rumah sewa.
Ini melibatkan kos yang akan dipohon dan di salurkan oleh Suruhajaya Koperasi Malaysia(SKM).
Satu projek mega yang akan aku gegarkan di Daro ialah membina sebuah kompleks futsal. Ini projek dalam perancangan aku pertama.
Kalau semua nak buat projek ikut orang je... mana mungkin nak maju. Orang buat keli, kita ikut, jatropha org buat kita nak ikut....
so aku akan pelbagaikan sesuatu yang mungkin lain dari yang lain...
Seperti aku do Sarikei sekarang..mengapa boleh aku bantu Koperasi Tenaga Baru Sarikei Berhad buat proposal projek pembaikan Kelas tuisyen dengan kos lebih 130 ribu..
Sarikei, Persatuan Melanau Sarikei- Projek Mega yang aku banggakan ialah dengan menubuhkan sebuah TASKA Komuniti untuk income Persatuan Melanau....
Mengapa tidak aku bantu keluarga aku sendiri...sedangkan untuk masyarakat aku boleh buat....
Kini utama bagi aku sekarang ialah Projek Koperasi Keluarga Wa Aji Daro Berhad..
Insyaallah berkat sokongan semua aku pasti akan cuba buat sesuatu yang menyakinkan...

KOPERASI KELUARGA WA AJI DARO BERHAD.
nO. 599 JALAN BINA, OFF JALAN PENGIRAN HJ. HIPNI,
96200 DARO..

No comments:

Post a Comment