Wednesday, September 30, 2009

Aidilfitri

17 sept aku balik daro...
Jalan Mukah yang dilalui amat memeritkan. tapi atas alsaan ingin memandu pulang dan memerlukan pengangkutan semasa di kampung aku gah menyusuri laluan yang berlopak selama 2 jam.
aidilfitri disambut amat bermakna sekali buat aku dan isteriku kerana tahun pertama kami menyambut bersama sebagai suami isteri. setelah 29 Disember sah sebagai pasangan suami isteri. tahun bahagia buat aku...walau kocek agak kering juga.
Namun kali ini juga tahun yang amat meriah sekali buat warga penduduk sekitar pesisir kawasan melanau.
1999 merupakan penyambung silaturahim dengan penduduk kawasan mukah apabila jalan Daro-Matu-Igan-Mukah bersambung. hampir 10 tahun berlalu jalan mukah kini rosak...
Untuk tahun 2009 ini, penghubung Daro-Kut-Saai-Semop-Serdeng-Tg. Manis-Rajang-Jerijeh-Belawai dapat dihubungi. Perhubungan kekeluargaan akan menjadi lebih akrab..
Ini lah janji Kerajaan Barisan Nasional. Harapan 20 tahun yang lalu mengkin menajdi impian warga sekitarnya.
Insyaalah pada tahun depan, laluan kami ke Daro akan menjadi lebih dekat, siapnya jambatan penghubung Serdeng dan Sibu. Anggaran masa 1 jam 30 minit akan dapat terus sampai ke Daro berbanding sekarang yang perlu melalui jalan Bahagian Mukah untuk sampai ke Daro selama 6 jam..
Kepimpinan YAB Pehin akan memajukan lagi kawasan lembah rajang...
Namun harapan rakyat pembangunan amat penting tapi jangan sampai rakyat merempat tanpa tanah...duduk buat rumah atas air.

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

No comments:

Post a Comment