Tuesday, September 8, 2009

TASKA PENYAYANG BAJI JAYA...- Persatuan Melanau Sarikei


PROMOSI....PROMOSI...

UNTUK ANDA DAN ANAK-ANAK ANDA....

TASKA PENYAYANG BAJI JAYA SARIKEI

Alamat : Lot 703, Lorong Ixora 1A, Baji Jaya Resettlement Skim

Taska ini adalah hasil kertas kerja kedua saya untuk persatuan melanau Sarikei. Kertas kerja pertama saya "Bengkel Pemantapan Aqidah Kita" berobjektif untuk saudara kita(Saudara Baru) dan telah di jayakan pada bulan mei 2009 dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarikei.
Kertas kerja kedua yang telah siap dan berjaya saya tampilkan ialah "Penubuhan TASKA Komuniti" dibawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Alhamdullilah kertas ini telah berjaya siap dan dihantar pada 24.2.2009. Namun pada jun 2009, kelulusan telah diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.
Pada masa kini penubuhan dalam proses membuka TASKA tersebut dan dijangka akan beroperasi Januari 2010.
Apa yang saya harapkan dari TASKA ini ialah, kemajuan anak bumiputera dalam perkongsian kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Ini merupakan satu kebangaan buat saya dalam pembangunan Persatuan Melanau Sarikei. kerana Perjuangan Persatuan Melanau Sarikei baru mula bergerak pada 9 Januari 2009.

Projek yang menelan belanja sebanyak RM87,000 ini adalah projek terbesar setakat ini dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Namun sedemikian, mempelopori bidang ini bukan satu perkara mudah. Kerenah birokerasi pasti akan wujud.
TASKA Penyayang ini adalah merupakan TASKA Komuniti kedua yang diluluskan di Sarawak oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Yang pertama di Kuching, ini merupakan satu kebanggaan buat anak-anak bumiputera di Sarikei amnya, dan khususnya Peratuan Melanau Sarikei.

Bagi anak-anak muda yang kini aktif dengan maklumat terkini, berfikirlah untuk menggerakkan minda dalam keadaan kemampuan anda berfikir.
Sekiranya ada saranan untuk kemajuan anak bangsa, tampillah bergabung dengan masyarakat yang sedia ada. Setiap pemikiran kita, pasti akan wujud satu dekorasi masyarakat masa kini.
Buat pembaca sekalian, sekiranya berminat untuk menghantar anak-anak ke TASKA ini boleh terus berhubung dengan saya. Tempat adalah terhad. Kanak-kanak 4 tahun dan kebawah sahaja.

Hanafi Japarudin....

No comments:

Post a Comment