Melanau merujuk kepada penduduk yang tinggal di Borneo terutamanya di kawasan tengah sarawak. Namun faktanya, terdapat juga Melanau di Kalimantan dan ini merupakan realiti yang agak menarik bagi diri saya sendiri. Bayangkan orang berbahasa Melanau di Indonesia. Melanau merupakan antara kaum terawal yang menduduki dan menggunakan bahasa Malayo-Polynesian Tenggara ataupun lebih mudah disebut bahasa Melanau.
Pada masa kini, kaum Melanau banyak didapati menetap di kawasan Sungai
Rajang di tengah-tengah negeri Sarawak. Sebenarnya, nama Melanau ini tidak digunakan oleh orang Melanau sendiri dalam merujuk kepada kaum mereka. Mereka lebih suka merujuk diri mereka sebagai ‘a-likou’. Nenek saya pun tak sebut Melanau, dia sebut ‘a-likou’. Berdasarkan pengetahuan saya ‘a’ merujuk kepada orang manakala ‘likou’ pula merujuk kepada Melanau jadi‘a-likou’ bermaksud orang Melanau. Tapi sebenarnya, a-likou ini bermaksud orang sungai. Lagi satu fakta menarik. Menurut legenda, nama Melanau ini diberikan oleh Sultan Brunei yang merujuk kepada penduduk yang tinggal di sekitar Sungai Rajang pada masa itu.Melanau pada masa itu diketuai oleh orang bernama "TUGAU", kekuatan dan keprkasaaan Tugau menjadi sebutan.
Melanau boleh dibahagikan kepada enam kumpulan Melanau Mukah, Melanau
Dalat, Melanau Oya, Melanau Matu-Daro-Rejang, Melanau Ba’ie (Bintulu) dan
Melanau Miri. Setiap kumpulan mempunyai dialek sendiri tetapi berkongsi budaya
yang sama melainkan Melanau Bintulu yang dialeknya sangat sukar difahami oleh
kumpulan-kumpulan lain (sehinggakan pakar bahasa sendiri merasakan bahasa
Melanau Bintulu tidak termasuk bahasa Melanau kerana sangat berbeza dengan
bahasa Melanau yang lain).
Menurut Wikipedia, ada satu kumpulan yang "missed out", iaitu
Melanau Igan. Bahasa utama adalah Melanau, dan sebilangannya berbahasa Melayu. Kumpulan Melanau Igan adalah 100% muslim dan budaya mereka adalah serupa dengan budaya Melayu. Kebanyakan orang Melanau bekerja sebagai penangkap ikan dan juga penanam padi dan sagu. juga yang berkemahiran membina bot. Pada masa dahulu, orang Melanau tinggal dirumah panjang yang tinggi (yeah it’s really tall and i cannot remember how tallthe house is but one thing 4 sure is the tiang is 2 peluk in diameter, it must be really big n tall rite?). Namun pada masa kini, mereka tinggal di rumah masing-masing dalam stail kampung.
Dikatakan kaum Melanau sukar meningkatkan populasinya kerana Melanau muslim
yang berpindah ke bandar-bandar besar (seperti Kuching dan Miri) secara
automatiknya menjadi Melayu terutamanya semasa National Census Operation kerana
nama dan juga bahasa Melayu yang digunakan orang tua dengan anak-anak mereka di
rumah tidak berbeza dengan orang Melayu Sarawak. Dan semua Melanau menggunakan
‘bin’ dam ‘binti’ sama seperti orang Melayu dan ‘bin’ dan ‘binti’ ini juga
digunakan untuk Melanau Kristian. Fakta ketiga yang menarik bagi yang belum
tahu. Sebagai contoh, Pamela binti Andrew. Menarik bukan?
Bilangan populasi kaum Melanau yang setepat-tepatnya tidak diketahui kerana
perkahwinan antara orang Melanau dengan kaum lain telah menyebabkan
‘kehilangan’ identiti orang Melanau. Disebabkan perpindahan juga, kaum Melanau
boleh ditemui hampir di seluruh Malangnya, anak-anak mereka hanya mengetahui asal-usul mereka, tetapi tidak boleh berbahasa malah memahami dialek datuk nenek mereka (so true for me huhu).
Keadaan ini menjadi lebih teruk apabila ibu bapa yang kedua-duanya Melanau,
berbahasa Melayu atau English sahaja kepada anak-anak mereka lebih-lebih lagi
di kawasan bandar. Kewujudan Melanau di atas muka bumi ini juga dikhuatiri akan
hilang kerana didapati tiada seorang pun kakitangan dari kaum Melanau yang
menguruskan dokumentasi budaya dan sejarah Melanau di Jabatan Majlis Adat
Istiadat di Sarawak. Fakta yang agak mengejutkan bagi saya. Kalau untuk bangsa
Melayu, Hang Tuah pernah mengatakan "Takkan hilang Melayu di dunia".
Melanau pulak? Tugau tak pernah pulak cakap "Dibei nya miau likou gak
dunia ih". (sori kalo salah translate huhu)
Satu-satunya upacara paling terkenal Melanau adalah festival Kaul yang
berasal daripada upacara ritual Melanau Pagan (if i’m not mistaken,’pagan’
refer to no religion or aninisme).
Majoriti Melanau pada masa kini adalah beragama Islam, namun Melanau Mukah
dan Dalat kebanyakan adalah Kristian. Walaupun berbeza kepercayaan dan agama,
kaum Melanau adalah sangat bertoleransi sesama sendiri dan sangat berbangga
dengan ketolenrasian mereka. Kita boleh menemui keluarga Melanau yang anak-anak
mereka beragama Kristian dan Islam manakala ibu bapa mereka pula masih mengamalkan
kepercayaan aninisme.
Antara contoh orang Melanau yang terkenal di Sarawak adalah Abdul Taib
Mahmud yang sekarang dikenali sebagai Pehin Sri Abdul Taib Mahmud selaku Ketua
Menteri yang keempat dan yang paling lamak gilak merintah. Diharap melanau akan terus kekal....
Aku just copy paste je....hehehehe
Ikuti sambunganya melalui dialek Melanau Daro....
Edisi Hari Raya...
Jumpa lagi....